KENALI KAMI

KENALI KAMI
KENALI KAMI

2016-10-13

JALAN PENYELESAIAN

-MEMBERI KAUNSELING
Semasa dalam sesi kaunseling, para kaunselor pula harus cuba berkomunikasi dengan para remaja dan memahami keadaan serta sebab-sebab remaja ketagih dengan permainan berkomputer .Hal ini kerana terdapat sebilangan remaja yang suka memendamkan perasaan mereka apabila menemui masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan. Langkah yang diambil oleh mereka ialah mereka akan memulakan permainan berkomputer mereka untuk melupakan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Kebanyakkan remaja ini akan melepaskan geram mereka dengan permainan-permainan berkomputer yang berunsur ganas dan sebagainya. Biasanya, kaunseling ini dijalankan dalam suasana yang selesa dan aman agar remaja dapat menerima secara terbuka tentang perkara yang akan dibicarakan. Hal ini penting supaya remaja boleh berfikir dengan rational tentang akibat-akibat ketagih dengan permainan komputer. Dengan mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh golongan remaja ini,diharapkan para kaunselor akan dapat memberi nasihat kepada remaja supaya mereka akan dapat kembali ke pangkal jalan.

-PENGAWASAN DARIPADA IBU BAPA

Pengawasan ibu bapa juga amat penting untuk mengelakkan remaja daripada ketagih dengan permainan berkomputer ini. Mereka seharusnya mengajar anak-anak mereka untuk membahagikan masa mereka dengan berkesan. Hal ini membolehkan anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa mereka antara bermain, belajar, bermain, bersukan dan sebagainya dengan lebih berkesan. Selain itu, ibu bapa juga harus memberitahu tentang kesan-kesan Ibu bapa juga seharusnya memberikan perhatian terhadap permainan komputer yang sesuai dengan anak-anak mereka. Mereka seharusnya menghindarkan anak-anak mereka dari jenis permainanvideo yang dapat merangsang meningkatnya sikap aggresif mereka seperti permainan yang bertemakan pembunuhan, penyeksaan dan sebagainya.Kebanyakkan ibu bapa pada hari ini menganggap anak-anak mereka sebagai objek dan perlu patuh kepada arahan mereka dari semasa ke semasa. Sebenarnya, ibu bapa juga patut membenarkan anak-anak mereka untuk bermain permainan video. Ibu bapa juga boleh memilih permainan jenis merangsang daya pemikiran, imaginasi dan kreativiti kepada anak-anak mereka. Hal ini bukan sahaja menggalakkan proses pembesaran remaja yang positif malah juga dapat menghindarkan remaja daripada ketagih dengan permainan video. Remaja sebegini bagaikan 'perahu yang patah pendayung di tengah lautan' jika ibu bapa tidak mengentahkan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengawasan ibu bapa amat penting dalam mengelakkan anak-anak mereka daripada ketagih dengan permainan video.

No comments:

Post a Comment