Pada masa kini, penghasilan dan pengunaan komputer
secara beretika dapat memberikan kesan yang positif kepada para pengunanya antara kesan positif termasuklah
mengurangkan tekanan sebagai contoh ada permainan komputer yang menguji akal
untuk bermain jadi kita dapat melupakan sekejap tekanan dan masalah yang
dihadapi kerana minda kita sedang focus untuk menyelesaikan permainan tersebut
dan sekaligus mengurangkan tekanan masalah. Bermain permainan komputer secara
beretika juga dapat mengajar kita untuk mengurus masa kita dengan cermat dan
bijak . Sebagai contoh , bermain permainan komputer hanya pada masa lapang
supaya tugas dan tanggungjawab kita tidak terabai. Selain itu, bermain
permainan komputer secara beretika juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Contohnya, kita dapat menambah kenalan baru apabila kita melibatkan diri dalam
pertandingan permainan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, ia juga
dapat mengeratkan hubungan diantara para pemain dari pelbagai pelusuk dunia
mahupun seluruh negara .Sebagai seorang muslim, solat itu wajib ditunaikan
walau macam mana keadaan sekalipun. Islam tidak melarang seseorang muslim untuk
bermain permainan komputer tetapi jangan sampai solat kita terabai. Kita boleh bermain permainan komputer
tetapi perlulah bermain secara beretika supaya solat kita tidak terabai.
Bermain permainan komputer
juga dapat mengurangkan tekanan. Sebagai contoh ada permainan komputer yang
menguji akal untuk bermain jadi kita dapat melupakan sekejap tekanan yang
dihadapi kerana minda kita sedang fokus untuk menyelesaikan permainan tersebut
dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan. Bermain permainan komputer secara
beretika juga dapat mengajar kita untuk mengurus masa kita dengan cermat dan
bijak. Sebagai contoh, bermainan permainan komputer hanya pada masa lapang
supaya tugas dan tanggungjawab kita tidak terabai. Selain itu, bermain
permainan komputer secara beretika juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Sebagai contoh, kita dapat menambah kenalan baru dan juga dapat mengeratkan
hubungan diantara para pemain.
Teknologi maklumat
merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini.
Kemunculan tersebut adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi
yang sangat hebat perkembangannya sehinggakan banyak implikasi yang dapat
kita huraikan. Antaranya, merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan
bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah pantas,sistem
pendidikan yang bertambah canggih serta cara manusia
berinteraksi sesamanya juga berubah.dunia sekarang seolah olah kelihatan
bertambah kecil dimana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya. Membentuk
pemikiran manusia dan suasana masyarakat akan datang. Dapat menyebarkan syiar
Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Dijadikan sumber maklumat dan
ilmu Islam ,menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam. Dimanfaatkan
untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia
No comments:
Post a Comment