KENALI KAMI
KENALI KAMI
2016-10-20
2016-10-13
PENDAHULUAN
Pada zaman yang semakin berkembang maju ini, banyak
teknologi yang canggih baru di perkenalkan. Kecanggihan teknologi pada masa
kini banyak memberi kebaikan dan keburukan terutamanya kepada para pelajar.
Antara kebaikan teknologi kepada pelajar ialah ia boleh membantu pelajar
mencari pelbagai bahan rujukan di dalam internet. Segala maklumat yang di
perlukan akan di perolehi dengan mudah. Pelajar juga boleh mendapatkan
kemudahan ini dimana-mana sahaja. Komputer membantu manusia kearah kemajuan
dalam kehidupan. Dengan adanya komputer boleh membantu para pelajar melakukan
kerja dengan cepat dan serta boleh menjimatkan masa. Selain itu, komputer juga
terdapat permainan video. Bila disebutkan saja Permainan Komputer mungkin
banyak pendapat yang kita boleh dengarkan daripada setiap individu. Ada yang
berpendapat Permainan Komputer ini memberikan banyak kesan negatif manakala ada
juga yang berpendapat Permainan komputer ini memberikan kesan yang positif, terutamanya
kesan permainan komputer ini kepada masyarakat tanpa mengira usia. Gamer adalah
gelaran kepada pemain permainan komputer ini, bila disebutkan saja nama games
seperti Counter-Strikes, DOTA, Ragnarok Online, Fifa, PES, mahupun Angry Bird
saya rasa ini adalah games yang boleh dikatakan paling popular di kalangan
masyarakat. Sedar atau tidak, permainan komputer ini boleh mendatangkan
pelbagai kesan kepada seseorang individu (terutamanya remaja) tidak kiralah
kesan negatif atau positif.
IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN COMPUTER SECARA BERETIKA
Pada masa kini, penghasilan dan pengunaan komputer
secara beretika dapat memberikan kesan yang positif kepada para pengunanya antara kesan positif termasuklah
mengurangkan tekanan sebagai contoh ada permainan komputer yang menguji akal
untuk bermain jadi kita dapat melupakan sekejap tekanan dan masalah yang
dihadapi kerana minda kita sedang focus untuk menyelesaikan permainan tersebut
dan sekaligus mengurangkan tekanan masalah. Bermain permainan komputer secara
beretika juga dapat mengajar kita untuk mengurus masa kita dengan cermat dan
bijak . Sebagai contoh , bermain permainan komputer hanya pada masa lapang
supaya tugas dan tanggungjawab kita tidak terabai. Selain itu, bermain
permainan komputer secara beretika juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Contohnya, kita dapat menambah kenalan baru apabila kita melibatkan diri dalam
pertandingan permainan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, ia juga
dapat mengeratkan hubungan diantara para pemain dari pelbagai pelusuk dunia
mahupun seluruh negara .Sebagai seorang muslim, solat itu wajib ditunaikan
walau macam mana keadaan sekalipun. Islam tidak melarang seseorang muslim untuk
bermain permainan komputer tetapi jangan sampai solat kita terabai. Kita boleh bermain permainan komputer
tetapi perlulah bermain secara beretika supaya solat kita tidak terabai.
Bermain permainan komputer
juga dapat mengurangkan tekanan. Sebagai contoh ada permainan komputer yang
menguji akal untuk bermain jadi kita dapat melupakan sekejap tekanan yang
dihadapi kerana minda kita sedang fokus untuk menyelesaikan permainan tersebut
dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan. Bermain permainan komputer secara
beretika juga dapat mengajar kita untuk mengurus masa kita dengan cermat dan
bijak. Sebagai contoh, bermainan permainan komputer hanya pada masa lapang
supaya tugas dan tanggungjawab kita tidak terabai. Selain itu, bermain
permainan komputer secara beretika juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim.
Sebagai contoh, kita dapat menambah kenalan baru dan juga dapat mengeratkan
hubungan diantara para pemain.
Teknologi maklumat
merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini.
Kemunculan tersebut adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi
yang sangat hebat perkembangannya sehinggakan banyak implikasi yang dapat
kita huraikan. Antaranya, merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan
bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah pantas,sistem
pendidikan yang bertambah canggih serta cara manusia
berinteraksi sesamanya juga berubah.dunia sekarang seolah olah kelihatan
bertambah kecil dimana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya. Membentuk
pemikiran manusia dan suasana masyarakat akan datang. Dapat menyebarkan syiar
Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Dijadikan sumber maklumat dan
ilmu Islam ,menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam. Dimanfaatkan
untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia
IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGUNAAN PERMAINAN KOMPUTER
Dewasa kini penghasilan dan
pengunaan permainan komputer secara berleluasa boleh memberikan impak
yang negatif kepada para pengguna.Antara impaknya seperti berikut, menyebabkan
pengerusan masa tidak terurus dengan baik.Antaranya,solat tidak diurus dengan
baik sebagai contoh bermain sewaktu azan berkumandang tanpa menghiraukannya
lalu terus dan terus bermain sehingga terlepas waktu solat. Menjadikan orang
yang bermain permainan komputer itu sebagai seorang yang anti sosial. Contohnya
kita terlalau khusyuk bermain dan menghadap permainan itu sehinnga tidak
menghiraukan orang di sekeliling kita. Bermain permainan komputer secara
berleluasa juga boleh menyebabkan akal menjadi lembab. Ini disebabkan oleh
terlalu banyak bermain permaianan komputer dan menyebabkan otak tidak berkembang. Perkara
ini juga boleh menjejaskan pelajaran atau pekerjaan seseorang.Contohnya seorang
pelajar terlalu khusyuk bermain permainan komputer sehingga dia tidak
menjalankan tanggung jawab sebagai seorang pelajar. Terlalu banyak bermain permainan
komputer juga boleh menyebabkan pekerjaan atau tugas seseorang itu terjejas
atau tertangguh. Contohnya,seorang pelajar IPT tidak dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah beliau kerana pelajar tersebut terlalu ketagih
dengan permainan komputer dan hal sebegini juga disebabkan oleh budaya yang
tidak sihat yang dibawa oleh rakan - rakan pelajar tersebut.
Perkembangan teknologi maklumat sering diperkatakan
pada hari ini. Isu isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat sering
ditonjolkan melalui media massa. Apa sahaja isu yang diketengahkan pastinya
cuba dikaitkan dengan IT seperti globalisasi,ekonomi, peradaban
manusia,pendidikan dan kemasyarakatan.
Penglibatan Malaysia dalam dunia teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet,cybercafe dan sebagainya.
Namun demikian,penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih lagi di tahap minoriti. Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur dalam kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti,maka kita akan dapati Islam adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat. Maklumat merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.
Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Umat Islam tidak seharusnya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah
Penglibatan Malaysia dalam dunia teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet,cybercafe dan sebagainya.
Namun demikian,penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih lagi di tahap minoriti. Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur dalam kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti,maka kita akan dapati Islam adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat. Maklumat merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.
Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Umat Islam tidak seharusnya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah
masih kurang jelas dalam kalangan masyarakat Islam itu
sendiri.
Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan
komputer,bermain permainan video dan boleh melayari dunia siber melalui
internet sedangkan soal pembangunan perisian,penyediaan bekalan bagi membina
prasarana siber,rangkaian komputer,penyelidikan teknologi malah membaik pulih
komputer sendiri pun masih dikuasai oleh orang bukan Islam. Teknologi memang
boleh membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi,politik serta
peradaban manusia.
Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat,unsur-unsur penyelewengan aqidah,penentangan syariah Islam,penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi,perjudian secara online,pornografi dan sebagainya. Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membanteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam,maka kini umat Islam sudah mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran risalah agama tauhid ini.
Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi,GIGO (Garbage In,Garbage Out), sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya. Teknologi Maklumat boleh menjadi satu acra yang efektif untuk menyampaikan dakwah.
Konsep dunia tanpa sempadan menjadikan skop penyampaian maklumat lebih luas. Penyebaran fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi. Maklumat pencerobohan atau pencabulan wilayah Islamiyah boleh disampaikan dengan cepat. Strategi musuh boleh diketahui dengan lebih tepat serta pelbagai kemudahan yang lain.
Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat,unsur-unsur penyelewengan aqidah,penentangan syariah Islam,penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi,perjudian secara online,pornografi dan sebagainya. Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membanteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam,maka kini umat Islam sudah mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran risalah agama tauhid ini.
Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi,GIGO (Garbage In,Garbage Out), sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya. Teknologi Maklumat boleh menjadi satu acra yang efektif untuk menyampaikan dakwah.
Konsep dunia tanpa sempadan menjadikan skop penyampaian maklumat lebih luas. Penyebaran fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi. Maklumat pencerobohan atau pencabulan wilayah Islamiyah boleh disampaikan dengan cepat. Strategi musuh boleh diketahui dengan lebih tepat serta pelbagai kemudahan yang lain.
MEMENUHI ATAU BERTENTANGAN KEHENDAK SYARIAH
Sebagaimana kita tahu, islam adalah agama yang fitrah iaitu sangat
faham akan kebosanan. Kerana manusia berbeza dengan malaikat yang memang
diwajibkan berzikir setiap hari oleh Allah S.W.T . Seterusnya, islam juga tidak
mewajibkan kita supaya sentiasa berada di masjid atau berdakwah tapi perlulah
pergi untuk melakukan pekara wajib. Pada masa lapang itulah kita gunakan
peluang untuk menelek permainan komputer ini. Walaubagaimanapun, permainan
komputer ini mestilah mengikuti syariah islam dan mengikuti 3 syarat berikut,
hiburan atau permainan itu mestilah halal secara syariah .Sebgai contoh,
permainan yang tidak melibatkan unsur haram,contoh usur-unsur haram, berjudi,
memebabitkan minuman keras ataupu unsur riba dan juga tidak boleh mengikuti
cara hidup agama lain. Seterusnya, permainan video ini perlulah tidak
melalaikan kita sehingga kita meninggalkan kewajipan. Misalnya, kewajipan
bersolat, bekerja, menutup aurat, menuntut ilmu atau berdakwah. Sebagai contoh
penampakan bentuk tubuh badan berlainan jantina dengan kita sehingga mengiurkan
pemain permainan tersebut. Selain itu,
perlakuan-perlakuan ganas dan ekstrem serta kejam juga telah diwujudkan dalam
permainan dan ia bertentangan dengan kehendak syaria. Contohnya Dragon Age
Origin yang diterbitkan pada tahun 2009. Babak- babak ganas dan brutal yang
dilimpahi darah setiap kali menetak dan menghunus pedang di dalam permainan
komputer tersebut sememangnya membuatkan remaja teruja, ditambah lagi dengan
kesan kesan grafik yang tinggi. Walaupun begitu ,apa yang lebih ditakuti ialah
apabila mereka sanggup mencederakan orang yang mereka benci akibat terpengaruh
dengan konsep permainan yang berunsurkan keganasan itu. Selain itu, ia boleh
menimbulkan perlakuan negatif para remaja kerana kemungkinan besar mereka akan
terikut-ikut untuk melakukan pemusnahan seperti vandalisme apabila dicabar oleh
orang lain, ataupun apabila terdesak. Permainan seperti Grand Theft Auto yang
memuatkan konsep pencurian, membunuh dan melanggar undang-undang juga merupakan
satu faktor yang boleh menyebabkan remaja melakukan jenayah berat seperti
membunuh dan merompak.
PUNCA MASALAH
Antara punca yang menyebabkan masalah
ketagihan permainan berkomputer ini adalah kerana sikap ibubapa yang tidah
mengambil endah terhadap kehidupan anak-anak mereka. Meraka terlampau sibuk
dengan kerja sehingga mereka lupa tugas sebenar mereka iaitu mendidik anak-anak
meraka. Masa lapang yang sepatutunya diluangkan bersama anak-anak mereka
digunakan untuk menyelesaikan kerja mereka yang tidak siap.
-SIKAP IBUBAPA
Bagi ibubapa yang berada berjauhan dengan anak-anak
meraka seharusnya mengambil tindakan dengan menghubungi anak-anak mereka yang
berada di universiti ataupun kolej. Sibuk berkerja tidak bermakna tiada masa
langsung untuk menghubungi anak-anak mereka kerana berada
dalam jarak yang jauh pada jangka masa yang panjang
boleh melemahkan hubungan silahturahim.
Masalah akan bertambah rumit apabila kurangnya
pengawasan ibubapa terhadap anak-anak remaja ini. Remaja yang yang tidak
diawasi akan merasa bebas untuk melakukan perkara yang mereka suka dan akan
mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Permainan
Berkomputer akan menjadi pilihan mereka kerana daya penarik yang ada pada
Permainan Berkomputer sangat kuat dan juga mudah didapati.
-PENGARUH RAKAN SEBAYA
Punca seterusnya adalah salah satu punca yang
utama menyebabkan masalah ketagihan masalah sosial, puncanya
ialah pengaruh dari rakan sebaya. Kebanyakan masalah sosial yang berlaku
pada masa sekarang seperti masalah dadah, pergaulan bebas dan bermacam-macam
lagi adalah berpunca dari rakan sebaya. Ketagihan permainan berkomputer adalah
salah satu masalah yang wujub disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan
sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan para remaja kerana
remaja lebih mudah untuk berkomunikasi sesama mereka. Remaja juga mudah
terikut-ikut dengan dengan apa yang dilakukan oleh rakan mereka sama ada
perkara itu baik atau buruk.Bagi mereka yang kuat pendirian mungkin tidak mudah
untuk terikut-ikut tapi bagaimana pula dengan remaja yang sebaliknya yang tidak
kuat pendirianya.Disebabkan oleh terlampau seronok bermain permainan
berkomputer ini ia menjadi sebati dengan jiwa para remaja tersebut dan akhirnya
menjadi satu ketagihan.
JALAN PENYELESAIAN
-MEMBERI KAUNSELING
Semasa dalam sesi kaunseling, para kaunselor
pula harus cuba berkomunikasi dengan para remaja dan memahami keadaan serta
sebab-sebab remaja ketagih dengan permainan berkomputer .Hal ini kerana
terdapat sebilangan remaja yang suka memendamkan perasaan mereka
apabila menemui masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan. Langkah yang
diambil oleh mereka ialah mereka akan memulakan permainan berkomputer mereka
untuk melupakan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Kebanyakkan remaja
ini akan melepaskan geram mereka dengan permainan-permainan berkomputer yang
berunsur ganas dan sebagainya. Biasanya, kaunseling ini dijalankan dalam
suasana yang selesa dan aman agar remaja dapat menerima secara terbuka tentang
perkara yang akan dibicarakan. Hal ini penting supaya remaja boleh berfikir
dengan rational tentang akibat-akibat ketagih dengan permainan komputer. Dengan
mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh golongan remaja ini,diharapkan
para kaunselor akan dapat memberi nasihat kepada remaja supaya mereka akan
dapat kembali ke pangkal jalan.
-PENGAWASAN DARIPADA IBU BAPA
Pengawasan ibu bapa juga amat penting untuk
mengelakkan remaja daripada ketagih dengan permainan berkomputer ini. Mereka
seharusnya mengajar anak-anak mereka untuk membahagikan
masa mereka dengan berkesan. Hal ini membolehkan anak-anak mereka akan
dapat membahagikan masa mereka antara bermain, belajar, bermain, bersukan dan
sebagainya dengan lebih berkesan. Selain itu, ibu bapa juga harus memberitahu
tentang kesan-kesan Ibu bapa juga seharusnya memberikan perhatian terhadap
permainan komputer yang sesuai dengan anak-anak mereka. Mereka seharusnya
menghindarkan anak-anak mereka dari jenis permainanvideo yang dapat merangsang
meningkatnya sikap aggresif mereka seperti permainan yang bertemakan
pembunuhan, penyeksaan dan sebagainya.Kebanyakkan ibu bapa pada hari ini
menganggap anak-anak mereka sebagai objek dan perlu patuh kepada arahan mereka
dari semasa ke semasa. Sebenarnya, ibu bapa juga patut membenarkan anak-anak
mereka untuk bermain permainan video. Ibu bapa juga boleh memilih permainan
jenis merangsang daya pemikiran, imaginasi dan kreativiti kepada anak-anak
mereka. Hal ini bukan sahaja menggalakkan proses pembesaran remaja yang positif
malah juga dapat menghindarkan remaja daripada ketagih dengan permainan video.
Remaja sebegini bagaikan 'perahu yang patah pendayung di tengah lautan' jika
ibu bapa tidak mengentahkan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
pengawasan ibu bapa amat penting dalam mengelakkan anak-anak mereka daripada
ketagih dengan permainan video.
RUMUSAN
Berdasarkan dapatan kajian,
dirumuskan bahawa golongan remaja sendiri yang punca-punca ketagih
dalam permainan video yang mendatangkan impak dan kesan yang buruk kepada remaja
itu sendiri sama ada masyarakat sedar ataupun tidak. Jadi,
semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan
mahupun bukan kerajaan bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.
Peribahasa ada menyebut, “pemuda harapan bangsa, pemudi tiang
negara.” Remaja merupakan aset negara
yang paling penting dalam mengemudi tampuk pemerintahan negara pada
alaf baru. Jika gejala ini dibiarkan berterusan, siapalah
yang bakal memimpin negara? Usaha yang berterusan, proaktif,
pragmatik dan jitu memerlukan iltizam yang tinggi. Demi merealisasikan visi
mulia Wawasan 2020, semua pihak patut memberikan kerjasama yang
sepatutnya agar masalah ini dapat dikurangkan.
Sebelum gejala permainan video
ini menjadi satu budaya dalam masyarakat kita, masalah ini hendaklah diatasi
dengan cara yang bijak dan bukan dengan paksaan. Gejala permainan video
bermula dari peringkat kanak-kanak dan berterusan sehingga ke
peringkat remaja. Pada peringkat inilah masa yang paling berkesan untuk kita
gunakan untuk bagi mengatasi masalah ini. Apabila remaja sudah mula meningkat
dewasa pasti sukar untuk kita mengatasi masalah ketagihan permainan
video ini. walaupun terdapat bayak cara untuk mengatasi masalah ini
tetapi jika diapalikasikan pada masa yang tidak sesuai
pasti hasil yang kita harapkan tidak
kelihatan.
Remaja tidak suka dipaksa
dalam menyelesaikan masalah ini janganlah kita memaksa
mereka untuk berhenti dari bermain permainan video ini. sebaliknya gunakan cara
yang lebih lembut seperti memujuk mereka supaya mengurangkan bermain permainan
video. Dengan memaksa remaja untuk berhenti bermain permainan video secara
mendadak, ini akan lebih mendorong mereka untuk bermain permainan video kerana
apabila dipaksa pasti remaja ini akan merasa tidak senang.
RUJUKAN
http://zahirzainudin.blogspot.my/2014/09/ketagihan-permainan-video-dan-komputer.html
http://hizbut-tahrir.or.id/2013/07/09/bahaya-hiburan-dan-permainan/
Subscribe to:
Posts (Atom)
