KENALI KAMI

KENALI KAMI
KENALI KAMI

2016-10-13

MEMENUHI ATAU BERTENTANGAN KEHENDAK SYARIAH

Sebagaimana kita tahu, islam adalah agama yang fitrah iaitu sangat faham  akan kebosanan. Kerana manusia berbeza dengan malaikat yang memang diwajibkan berzikir setiap hari oleh Allah S.W.T . Seterusnya, islam juga tidak mewajibkan kita supaya sentiasa berada di masjid atau berdakwah tapi perlulah pergi untuk melakukan pekara wajib. Pada masa lapang itulah kita gunakan peluang untuk menelek permainan komputer ini. Walaubagaimanapun, permainan komputer ini mestilah mengikuti syariah islam dan mengikuti 3 syarat berikut, hiburan atau permainan itu mestilah halal secara syariah .Sebgai contoh, permainan yang tidak melibatkan unsur haram,contoh usur-unsur haram, berjudi, memebabitkan minuman keras ataupu unsur riba dan juga tidak boleh mengikuti cara hidup agama lain. Seterusnya, permainan video ini perlulah tidak melalaikan kita sehingga kita meninggalkan kewajipan. Misalnya, kewajipan bersolat, bekerja, menutup aurat, menuntut ilmu atau berdakwah. Sebagai contoh penampakan bentuk tubuh badan berlainan jantina dengan kita sehingga mengiurkan pemain permainan tersebut. Selain itu, perlakuan-perlakuan ganas dan ekstrem serta kejam juga telah diwujudkan dalam permainan dan ia bertentangan dengan kehendak syaria. Contohnya Dragon Age Origin yang diterbitkan pada tahun 2009. Babak- babak ganas dan brutal yang dilimpahi darah setiap kali menetak dan menghunus pedang di dalam permainan komputer tersebut sememangnya membuatkan remaja teruja, ditambah lagi dengan kesan kesan grafik yang tinggi. Walaupun begitu ,apa yang lebih ditakuti ialah apabila mereka sanggup mencederakan orang yang mereka benci akibat terpengaruh dengan konsep permainan yang berunsurkan keganasan itu. Selain itu, ia boleh menimbulkan perlakuan negatif para remaja kerana kemungkinan besar mereka akan terikut-ikut untuk melakukan pemusnahan seperti vandalisme apabila dicabar oleh orang lain, ataupun apabila terdesak. Permainan seperti Grand Theft Auto yang memuatkan konsep pencurian, membunuh dan melanggar undang-undang juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan remaja melakukan jenayah berat seperti membunuh dan merompak. 

No comments:

Post a Comment