Antara punca yang menyebabkan masalah
ketagihan permainan berkomputer ini adalah kerana sikap ibubapa yang tidah
mengambil endah terhadap kehidupan anak-anak mereka. Meraka terlampau sibuk
dengan kerja sehingga mereka lupa tugas sebenar mereka iaitu mendidik anak-anak
meraka. Masa lapang yang sepatutunya diluangkan bersama anak-anak mereka
digunakan untuk menyelesaikan kerja mereka yang tidak siap.
-SIKAP IBUBAPA
Bagi ibubapa yang berada berjauhan dengan anak-anak
meraka seharusnya mengambil tindakan dengan menghubungi anak-anak mereka yang
berada di universiti ataupun kolej. Sibuk berkerja tidak bermakna tiada masa
langsung untuk menghubungi anak-anak mereka kerana berada
dalam jarak yang jauh pada jangka masa yang panjang
boleh melemahkan hubungan silahturahim.
Masalah akan bertambah rumit apabila kurangnya
pengawasan ibubapa terhadap anak-anak remaja ini. Remaja yang yang tidak
diawasi akan merasa bebas untuk melakukan perkara yang mereka suka dan akan
mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Permainan
Berkomputer akan menjadi pilihan mereka kerana daya penarik yang ada pada
Permainan Berkomputer sangat kuat dan juga mudah didapati.
-PENGARUH RAKAN SEBAYA
Punca seterusnya adalah salah satu punca yang
utama menyebabkan masalah ketagihan masalah sosial, puncanya
ialah pengaruh dari rakan sebaya. Kebanyakan masalah sosial yang berlaku
pada masa sekarang seperti masalah dadah, pergaulan bebas dan bermacam-macam
lagi adalah berpunca dari rakan sebaya. Ketagihan permainan berkomputer adalah
salah satu masalah yang wujub disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan
sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan para remaja kerana
remaja lebih mudah untuk berkomunikasi sesama mereka. Remaja juga mudah
terikut-ikut dengan dengan apa yang dilakukan oleh rakan mereka sama ada
perkara itu baik atau buruk.Bagi mereka yang kuat pendirian mungkin tidak mudah
untuk terikut-ikut tapi bagaimana pula dengan remaja yang sebaliknya yang tidak
kuat pendirianya.Disebabkan oleh terlampau seronok bermain permainan
berkomputer ini ia menjadi sebati dengan jiwa para remaja tersebut dan akhirnya
menjadi satu ketagihan.
No comments:
Post a Comment