KENALI KAMI

KENALI KAMI
KENALI KAMI

2016-10-20

Kelas:         DKM2A
Dari kiri:    MOHAMAD HUSAINI BIN MAZLAN - 10DKM15F2035
                    MUHAMMAD RAFIL BIN SHIEKH MUNIR - 10DKM15F2027
                    MUHD AIMAN NAIM BIN MOHD HAMDAN - 10DKM15F1049
                    AMIR RIDHWAN BIN ABDUL FARID - 10DKM15F2012

2016-10-13

PENDAHULUAN

Pada zaman yang semakin berkembang maju ini, banyak teknologi yang canggih baru di perkenalkan. Kecanggihan teknologi pada masa kini banyak memberi kebaikan dan keburukan terutamanya kepada para pelajar. Antara kebaikan teknologi kepada pelajar ialah ia boleh membantu pelajar mencari pelbagai bahan rujukan di dalam internet. Segala maklumat yang di perlukan akan di perolehi dengan mudah. Pelajar juga boleh mendapatkan kemudahan ini dimana-mana sahaja. Komputer membantu manusia kearah kemajuan dalam kehidupan. Dengan adanya komputer boleh membantu para pelajar melakukan kerja dengan cepat dan serta boleh menjimatkan masa. Selain itu, komputer juga terdapat permainan video. Bila disebutkan saja Permainan Komputer mungkin banyak pendapat yang kita boleh dengarkan daripada setiap individu. Ada yang berpendapat Permainan Komputer ini memberikan banyak kesan negatif manakala ada juga yang berpendapat Permainan komputer ini memberikan kesan yang positif, terutamanya kesan permainan komputer ini kepada masyarakat tanpa mengira usia. Gamer adalah gelaran kepada pemain permainan komputer ini, bila disebutkan saja nama games seperti Counter-Strikes, DOTA, Ragnarok Online, Fifa, PES, mahupun Angry Bird saya rasa ini adalah games yang boleh dikatakan paling popular di kalangan masyarakat. Sedar atau tidak, permainan komputer ini boleh mendatangkan pelbagai kesan kepada seseorang individu (terutamanya remaja) tidak kiralah kesan negatif atau positif.
                                                                                                              



IMPLIKASI PENGHASILAN DAN PENGGUNAAN COMPUTER SECARA BERETIKA

Pada masa kini, penghasilan dan pengunaan komputer secara beretika dapat memberikan kesan yang positif kepada para  pengunanya antara kesan positif termasuklah mengurangkan tekanan sebagai contoh ada permainan komputer yang menguji akal untuk bermain jadi kita dapat melupakan sekejap tekanan dan masalah yang dihadapi kerana minda kita sedang focus untuk menyelesaikan permainan tersebut dan sekaligus mengurangkan tekanan masalah. Bermain permainan komputer secara beretika juga dapat mengajar kita untuk mengurus masa kita dengan cermat dan bijak . Sebagai contoh , bermain permainan komputer hanya pada masa lapang supaya tugas dan tanggungjawab kita tidak terabai. Selain itu, bermain permainan komputer secara beretika juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Contohnya, kita dapat menambah kenalan baru apabila kita melibatkan diri dalam pertandingan permainan yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Oleh itu, ia juga dapat mengeratkan hubungan diantara para pemain dari pelbagai pelusuk dunia mahupun seluruh negara .Sebagai seorang muslim, solat itu wajib ditunaikan walau macam mana keadaan sekalipun. Islam tidak melarang seseorang muslim untuk bermain permainan komputer tetapi jangan sampai solat kita terabai. Kita boleh bermain permainan komputer tetapi perlulah bermain secara beretika supaya solat kita tidak terabai.
Bermain permainan komputer juga dapat mengurangkan tekanan. Sebagai contoh ada permainan komputer yang menguji akal untuk bermain jadi kita dapat melupakan sekejap tekanan yang dihadapi kerana minda kita sedang fokus untuk menyelesaikan permainan tersebut dan sekaligus dapat mengurangkan tekanan. Bermain permainan komputer secara beretika juga dapat mengajar kita untuk mengurus masa kita dengan cermat dan bijak. Sebagai contoh, bermainan permainan komputer hanya pada masa lapang supaya tugas dan tanggungjawab kita tidak terabai. Selain itu, bermain permainan komputer secara beretika juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Sebagai contoh, kita dapat menambah kenalan baru dan juga dapat mengeratkan hubungan diantara para pemain.

Teknologi maklumat merupakan telekomunikasi canggih yang banyak diperkatakan kebelakangan ini. Kemunculan tersebut adalah hasil daripada kepesatan ilmu sains dan teknologi yang sangat hebat perkembangannya sehinggakan  banyak implikasi yang dapat kita huraikan. Antaranya, merubah cara hidup manusia. Sistem perhubungan bertambah mudah dan cepat, pembangunan industri bertambah  pantas,sistem pendidikan yang bertambah canggih serta cara manusia berinteraksi sesamanya juga berubah.dunia sekarang seolah olah kelihatan bertambah kecil dimana perhubungan tidak ada lagi batas sempadannya. Membentuk pemikiran manusia dan suasana masyarakat akan datang. Dapat menyebarkan syiar Islam dengan seluas-luasnya ke seluruh dunia. Dijadikan sumber maklumat dan ilmu Islam ,menjadi wadah untuk bermuzakarah sesama umat Islam. Dimanfaatkan untuk pasaran perdagangan sesama Muslim seluruh dunia

IMPLIKASI PENGABAIAN ETIKA TERHADAP PENGHASILAN DAN PENGUNAAN PERMAINAN KOMPUTER

Dewasa kini penghasilan dan pengunaan permainan komputer secara berleluasa boleh memberikan  impak yang negatif kepada para pengguna.Antara impaknya seperti berikut, menyebabkan pengerusan masa tidak terurus dengan baik.Antaranya,solat tidak diurus dengan baik sebagai contoh bermain sewaktu azan berkumandang tanpa menghiraukannya lalu terus dan terus bermain sehingga terlepas waktu solat. Menjadikan orang yang bermain permainan komputer itu sebagai seorang yang anti sosial. Contohnya kita terlalau khusyuk bermain dan menghadap permainan itu sehinnga tidak menghiraukan orang di sekeliling kita. Bermain permainan komputer secara berleluasa juga boleh menyebabkan akal menjadi lembab. Ini disebabkan oleh terlalu banyak bermain permaianan komputer dan menyebabkan otak tidak berkembang. Perkara ini juga boleh menjejaskan pelajaran atau pekerjaan seseorang.Contohnya seorang pelajar terlalu khusyuk bermain permainan komputer sehingga dia tidak menjalankan tanggung jawab sebagai seorang pelajar. Terlalu banyak bermain permainan komputer juga boleh menyebabkan pekerjaan atau tugas seseorang itu terjejas atau tertangguh. Contohnya,seorang pelajar IPT tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah beliau kerana pelajar tersebut terlalu ketagih dengan permainan komputer dan hal sebegini juga disebabkan oleh budaya yang tidak sihat yang dibawa oleh rakan - rakan pelajar tersebut.
Perkembangan teknologi maklumat sering diperkatakan pada hari ini. Isu isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat sering ditonjolkan melalui media massa. Apa sahaja isu yang diketengahkan pastinya cuba dikaitkan dengan IT seperti globalisasi,ekonomi, peradaban manusia,pendidikan dan kemasyarakatan.

Penglibatan Malaysia dalam dunia teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet,cybercafe dan sebagainya.

Namun demikian,penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih lagi di tahap minoriti. Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur dalam kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti,maka kita akan dapati Islam adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat. Maklumat merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.

Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Umat Islam tidak seharusnya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah
masih kurang jelas dalam kalangan masyarakat Islam itu sendiri.



Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan komputer,bermain permainan video dan boleh melayari dunia siber melalui internet sedangkan soal pembangunan perisian,penyediaan bekalan bagi membina prasarana siber,rangkaian komputer,penyelidikan teknologi malah membaik pulih komputer sendiri pun masih dikuasai oleh orang bukan Islam. Teknologi memang boleh membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi,politik serta peradaban manusia.

Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat,unsur-unsur penyelewengan aqidah,penentangan syariah Islam,penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi,perjudian secara online,pornografi dan sebagainya. Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membanteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam,maka kini umat Islam sudah mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran risalah agama tauhid ini.

Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi,GIGO (Garbage In,Garbage Out), sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya. Teknologi Maklumat boleh menjadi satu acra yang efektif untuk menyampaikan dakwah.
Konsep dunia tanpa sempadan menjadikan skop penyampaian maklumat lebih luas. Penyebaran fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi. Maklumat pencerobohan atau pencabulan wilayah Islamiyah boleh disampaikan dengan cepat. Strategi musuh boleh diketahui dengan lebih tepat serta pelbagai kemudahan yang lain.

MEMENUHI ATAU BERTENTANGAN KEHENDAK SYARIAH

Sebagaimana kita tahu, islam adalah agama yang fitrah iaitu sangat faham  akan kebosanan. Kerana manusia berbeza dengan malaikat yang memang diwajibkan berzikir setiap hari oleh Allah S.W.T . Seterusnya, islam juga tidak mewajibkan kita supaya sentiasa berada di masjid atau berdakwah tapi perlulah pergi untuk melakukan pekara wajib. Pada masa lapang itulah kita gunakan peluang untuk menelek permainan komputer ini. Walaubagaimanapun, permainan komputer ini mestilah mengikuti syariah islam dan mengikuti 3 syarat berikut, hiburan atau permainan itu mestilah halal secara syariah .Sebgai contoh, permainan yang tidak melibatkan unsur haram,contoh usur-unsur haram, berjudi, memebabitkan minuman keras ataupu unsur riba dan juga tidak boleh mengikuti cara hidup agama lain. Seterusnya, permainan video ini perlulah tidak melalaikan kita sehingga kita meninggalkan kewajipan. Misalnya, kewajipan bersolat, bekerja, menutup aurat, menuntut ilmu atau berdakwah. Sebagai contoh penampakan bentuk tubuh badan berlainan jantina dengan kita sehingga mengiurkan pemain permainan tersebut. Selain itu, perlakuan-perlakuan ganas dan ekstrem serta kejam juga telah diwujudkan dalam permainan dan ia bertentangan dengan kehendak syaria. Contohnya Dragon Age Origin yang diterbitkan pada tahun 2009. Babak- babak ganas dan brutal yang dilimpahi darah setiap kali menetak dan menghunus pedang di dalam permainan komputer tersebut sememangnya membuatkan remaja teruja, ditambah lagi dengan kesan kesan grafik yang tinggi. Walaupun begitu ,apa yang lebih ditakuti ialah apabila mereka sanggup mencederakan orang yang mereka benci akibat terpengaruh dengan konsep permainan yang berunsurkan keganasan itu. Selain itu, ia boleh menimbulkan perlakuan negatif para remaja kerana kemungkinan besar mereka akan terikut-ikut untuk melakukan pemusnahan seperti vandalisme apabila dicabar oleh orang lain, ataupun apabila terdesak. Permainan seperti Grand Theft Auto yang memuatkan konsep pencurian, membunuh dan melanggar undang-undang juga merupakan satu faktor yang boleh menyebabkan remaja melakukan jenayah berat seperti membunuh dan merompak. 

PUNCA MASALAH

Antara punca yang menyebabkan masalah ketagihan permainan berkomputer ini adalah kerana sikap ibubapa yang tidah mengambil endah terhadap kehidupan anak-anak mereka. Meraka terlampau sibuk dengan kerja sehingga mereka lupa tugas sebenar mereka iaitu mendidik anak-anak meraka. Masa lapang yang sepatutunya diluangkan bersama anak-anak mereka digunakan untuk menyelesaikan kerja mereka yang tidak siap.

-SIKAP IBUBAPA
Bagi ibubapa yang berada berjauhan dengan anak-anak meraka seharusnya mengambil tindakan dengan menghubungi anak-anak mereka yang berada di universiti ataupun kolej. Sibuk berkerja tidak bermakna tiada masa langsung untuk menghubungi anak-anak mereka kerana berada
dalam jarak yang jauh pada jangka masa yang panjang boleh melemahkan hubungan silahturahim.
Masalah akan bertambah rumit apabila kurangnya pengawasan ibubapa terhadap anak-anak remaja ini. Remaja yang yang tidak diawasi akan merasa bebas untuk melakukan perkara yang mereka suka dan akan mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang tidak berfaedah.Permainan Berkomputer akan menjadi pilihan mereka kerana daya penarik yang ada pada Permainan Berkomputer sangat kuat dan juga mudah didapati.

-PENGARUH RAKAN SEBAYA

Punca seterusnya adalah salah satu punca yang utama menyebabkan masalah ketagihan masalah sosial, puncanya ialah pengaruh dari rakan sebaya. Kebanyakan masalah sosial yang berlaku pada masa sekarang seperti masalah dadah, pergaulan bebas dan bermacam-macam lagi adalah berpunca dari rakan sebaya. Ketagihan permainan berkomputer adalah salah satu masalah yang wujub disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan para remaja kerana remaja lebih mudah untuk berkomunikasi sesama mereka. Remaja juga mudah terikut-ikut dengan dengan apa yang dilakukan oleh rakan mereka sama ada perkara itu baik atau buruk.Bagi mereka yang kuat pendirian mungkin tidak mudah untuk terikut-ikut tapi bagaimana pula dengan remaja yang sebaliknya yang tidak kuat pendirianya.Disebabkan oleh terlampau seronok bermain permainan berkomputer ini ia menjadi sebati dengan jiwa para remaja tersebut dan akhirnya menjadi satu ketagihan.

JALAN PENYELESAIAN

-MEMBERI KAUNSELING
Semasa dalam sesi kaunseling, para kaunselor pula harus cuba berkomunikasi dengan para remaja dan memahami keadaan serta sebab-sebab remaja ketagih dengan permainan berkomputer .Hal ini kerana terdapat sebilangan remaja yang suka memendamkan perasaan mereka apabila menemui masalah-masalah yang tidak dapat diselesaikan. Langkah yang diambil oleh mereka ialah mereka akan memulakan permainan berkomputer mereka untuk melupakan masalah yang sedang dihadapi oleh mereka. Kebanyakkan remaja ini akan melepaskan geram mereka dengan permainan-permainan berkomputer yang berunsur ganas dan sebagainya. Biasanya, kaunseling ini dijalankan dalam suasana yang selesa dan aman agar remaja dapat menerima secara terbuka tentang perkara yang akan dibicarakan. Hal ini penting supaya remaja boleh berfikir dengan rational tentang akibat-akibat ketagih dengan permainan komputer. Dengan mengenal pasti punca masalah yang dihadapi oleh golongan remaja ini,diharapkan para kaunselor akan dapat memberi nasihat kepada remaja supaya mereka akan dapat kembali ke pangkal jalan.

-PENGAWASAN DARIPADA IBU BAPA

Pengawasan ibu bapa juga amat penting untuk mengelakkan remaja daripada ketagih dengan permainan berkomputer ini. Mereka seharusnya mengajar anak-anak mereka untuk membahagikan masa mereka dengan berkesan. Hal ini membolehkan anak-anak mereka akan dapat membahagikan masa mereka antara bermain, belajar, bermain, bersukan dan sebagainya dengan lebih berkesan. Selain itu, ibu bapa juga harus memberitahu tentang kesan-kesan Ibu bapa juga seharusnya memberikan perhatian terhadap permainan komputer yang sesuai dengan anak-anak mereka. Mereka seharusnya menghindarkan anak-anak mereka dari jenis permainanvideo yang dapat merangsang meningkatnya sikap aggresif mereka seperti permainan yang bertemakan pembunuhan, penyeksaan dan sebagainya.Kebanyakkan ibu bapa pada hari ini menganggap anak-anak mereka sebagai objek dan perlu patuh kepada arahan mereka dari semasa ke semasa. Sebenarnya, ibu bapa juga patut membenarkan anak-anak mereka untuk bermain permainan video. Ibu bapa juga boleh memilih permainan jenis merangsang daya pemikiran, imaginasi dan kreativiti kepada anak-anak mereka. Hal ini bukan sahaja menggalakkan proses pembesaran remaja yang positif malah juga dapat menghindarkan remaja daripada ketagih dengan permainan video. Remaja sebegini bagaikan 'perahu yang patah pendayung di tengah lautan' jika ibu bapa tidak mengentahkan mereka. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa pengawasan ibu bapa amat penting dalam mengelakkan anak-anak mereka daripada ketagih dengan permainan video.

RUMUSAN

Berdasarkan dapatan kajian, dirumuskan bahawa golongan remaja sendiri yang  punca-punca ketagih dalam permainan video yang mendatangkan impak dan kesan yang buruk kepada remaja itu sendiri sama ada masyarakat sedar ataupun tidak. Jadi, semua pihak haruslah berganding bahu dan bekerjasama dengan agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan bagi membendung gejala ini daripada berleluasa. Peribahasa ada menyebut, “pemuda harapan bangsa, pemudi  tiang negara.” Remaja merupakan aset negara yang paling penting dalam mengemudi tampuk pemerintahan negara pada alaf baru. Jika gejala ini dibiarkan berterusan, siapalah yang bakal memimpin negara? Usaha yang berterusan, proaktif, pragmatik dan jitu memerlukan iltizam yang tinggi. Demi merealisasikan visi mulia Wawasan 2020, semua pihak patut memberikan kerjasama  yang sepatutnya agar masalah ini dapat dikurangkan.

Sebelum gejala permainan video ini menjadi satu budaya dalam masyarakat kita, masalah ini hendaklah diatasi dengan cara yang bijak dan bukan dengan paksaan. Gejala permainan video bermula  dari peringkat kanak-kanak dan berterusan sehingga ke peringkat remaja. Pada peringkat inilah masa yang paling berkesan untuk kita gunakan untuk bagi mengatasi masalah ini. Apabila remaja sudah mula meningkat dewasa pasti sukar  untuk kita mengatasi masalah ketagihan permainan video ini. walaupun terdapat  bayak cara untuk mengatasi masalah ini tetapi jika diapalikasikan pada masa  yang tidak sesuai pasti  hasil yang kita  harapkan  tidak kelihatan.

Remaja tidak suka dipaksa dalam menyelesaikan  masalah ini  janganlah kita memaksa mereka untuk berhenti dari bermain permainan video ini. sebaliknya gunakan cara yang lebih lembut seperti memujuk mereka supaya mengurangkan bermain permainan video. Dengan memaksa remaja untuk berhenti bermain permainan video secara mendadak, ini akan lebih mendorong mereka untuk bermain permainan video kerana apabila dipaksa pasti remaja ini akan merasa tidak senang.


RUJUKAN

http://zahirzainudin.blogspot.my/2014/09/ketagihan-permainan-video-dan-komputer.html
http://hizbut-tahrir.or.id/2013/07/09/bahaya-hiburan-dan-permainan/