Dewasa kini penghasilan dan
pengunaan permainan komputer secara berleluasa boleh memberikan impak
yang negatif kepada para pengguna.Antara impaknya seperti berikut, menyebabkan
pengerusan masa tidak terurus dengan baik.Antaranya,solat tidak diurus dengan
baik sebagai contoh bermain sewaktu azan berkumandang tanpa menghiraukannya
lalu terus dan terus bermain sehingga terlepas waktu solat. Menjadikan orang
yang bermain permainan komputer itu sebagai seorang yang anti sosial. Contohnya
kita terlalau khusyuk bermain dan menghadap permainan itu sehinnga tidak
menghiraukan orang di sekeliling kita. Bermain permainan komputer secara
berleluasa juga boleh menyebabkan akal menjadi lembab. Ini disebabkan oleh
terlalu banyak bermain permaianan komputer dan menyebabkan otak tidak berkembang. Perkara
ini juga boleh menjejaskan pelajaran atau pekerjaan seseorang.Contohnya seorang
pelajar terlalu khusyuk bermain permainan komputer sehingga dia tidak
menjalankan tanggung jawab sebagai seorang pelajar. Terlalu banyak bermain permainan
komputer juga boleh menyebabkan pekerjaan atau tugas seseorang itu terjejas
atau tertangguh. Contohnya,seorang pelajar IPT tidak dapat menyiapkan tugasan
yang diberikan oleh pensyarah beliau kerana pelajar tersebut terlalu ketagih
dengan permainan komputer dan hal sebegini juga disebabkan oleh budaya yang
tidak sihat yang dibawa oleh rakan - rakan pelajar tersebut.
Perkembangan teknologi maklumat sering diperkatakan
pada hari ini. Isu isu yang berkaitan dengan teknologi maklumat sering
ditonjolkan melalui media massa. Apa sahaja isu yang diketengahkan pastinya
cuba dikaitkan dengan IT seperti globalisasi,ekonomi, peradaban
manusia,pendidikan dan kemasyarakatan.
Penglibatan Malaysia dalam dunia teknologi maklumat mula ketara dengan kewujudan Multimedia Super Corridor(MSC). Syarikat-syarikat swasta menawarkan perkhidmatan yang berunsurkan IT tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Terma-terma komputer sering dipaparkan di dada-dada akhbar. Sehinggakan di dalam masjid juga masih kedengaran perkataan seperti internet,cybercafe dan sebagainya.
Namun demikian,penglibatan umat Islam hari ini dalam dunia teknologi maklumat masih lagi di tahap minoriti. Pemahaman terhadap teknologi maklumat itu sendiri masih kabur dalam kalangan umat Islam. Sebenarnya kalau kita amati dengan teliti,maka kita akan dapati Islam adalah agama yang mementingkan penggunaan serta penyebaran maklumat. Maklumat merupakan ilmu di mana ilmu memainkan peranan yang penting dalam agama Islam. Terlalu banyak dalil naqli mengenai kepentingan ilmu di dalam Islam.
Teknologi pula hanyalah satu kaedah atau pengkajian sains yang sifatnya memudahkan sesuatu. Umat Islam tidak seharusnya menolak teknologi bahkan ia sepatutnya digunakan bagi tujuan pembangunan ummah. Penyampaian maklumat menjadi satu unsur penting dalam penyebaran dakwah Islamiah. Ramai masyarakat berpendapat bahawa arus teknologi terlalu sedikit memberi sumbangan terhadap pembangunan rohani. Maka atas sebab inilah mereka kurang melibatkan diri dalam dunia teknologi. Kefahaman terhadap konsep fardhu kifayyah

masih kurang jelas dalam kalangan masyarakat Islam itu
sendiri.
Pada mereka cukuplah sekadar boleh menaip menggunakan
komputer,bermain permainan video dan boleh melayari dunia siber melalui
internet sedangkan soal pembangunan perisian,penyediaan bekalan bagi membina
prasarana siber,rangkaian komputer,penyelidikan teknologi malah membaik pulih
komputer sendiri pun masih dikuasai oleh orang bukan Islam. Teknologi memang
boleh membawa implikasi negatif terhadap sistem sosioekonomi,politik serta
peradaban manusia.
Di sinilah perlunya syariat dan kesedaran umat Islam tentang kepentingan penguasaan dunia IT bagi mengelakan kebocoran maklumat yang tidak tepat,unsur-unsur penyelewengan aqidah,penentangan syariah Islam,penyebaran racun-racun orientalis dan propaganda Yahudi,perjudian secara online,pornografi dan sebagainya. Kesedaran sahaja tidak cukup bagi membanteras gejala-gejala negatif ini. Kalau dahulu kedengaran suara-suara penentangan terhadap teknologi Radio dan Televisyen yang akan membawa kepincangan terhadap jiwa serta rohani umat Islam,maka kini umat Islam sudah mula menerimanya malah ada juga yang berjaya menguasai bidang tersebut hingga teknologi radio dan televisyen digunakan sebagai alat penyebaran risalah agama tauhid ini.
Sebagaimana salah satu terma yang digunakan dalam dunia teknologi,GIGO (Garbage In,Garbage Out), sekiranya sampah atau maklumat yang buruk yang kita masukkan maka sampahlah yang kita perolehi begitu juga sebaliknya. Teknologi Maklumat boleh menjadi satu acra yang efektif untuk menyampaikan dakwah.
Konsep dunia tanpa sempadan menjadikan skop penyampaian maklumat lebih luas. Penyebaran fatwa boleh dilakukan secara cepat tanpa mengira faktor lokasi. Maklumat pencerobohan atau pencabulan wilayah Islamiyah boleh disampaikan dengan cepat. Strategi musuh boleh diketahui dengan lebih tepat serta pelbagai kemudahan yang lain.

No comments:
Post a Comment